haahh...sekejap je dh hampir 2 minggu kita berpuasa. Bahan2 for baking belum beli.. Macam biasa,
"Ona, Ozi & Oza, sorang kena buat 2 jenis kuih." kata Mama. Memang every year mcm tu. We all ber3 like it.. baru la ada Raya Spirit..kan!
Tahun ni mama kata x nk buat ketupat daun palas.. "But Ma, kan mmg every year kita never miss, mesti buat.. "

Thingking of it..every year without miss, i will surely sit together with Opah 'Pah' to make Ketupat Daun Palas.. But this year gonna be different..
i will surely miss her so much..cos i dh xde geng nk buat KDP sama2...this year is our first year without her.. i feel this year raya is so incomplete..
If not 'Pah' akan sibuk nak buat kuih raya traditional like bahulu, biskut arab, halua maskat..kuih ros...
Semuanya tinggal kenangan...
Ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. 
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
(Arwah Papa & Arwah Pah sure balik tgk kita kan..)
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Ozi akan cuba berdoa banyak2 utk Arwah Papa, Arwah Opah, Arwah Ucl Oli, Arwah Nenek Azman & semua Arwah2 keluarga serta Muslimin & Muslimat yang telah meninggalkan kita agar Allah swt mengampunkan segala dosa2 yang telah mereka lakukan, agar dilapangkan kubur mereka, cerahkan kubur mereka, cucuri rahmat ke atas roh mereka & ringankanlah azab kubur mereka...tempatkanlah mereka di Syurga Firdaus mu Ya Allah...amin ya robbalalamin